Soalan pembaca ni :
Terdapat sepasang suami isteri. Kedua-duanya bekerja. Gaji mereka sama banyak. Setiap hari gaji, isteri membayar upah pengasuh anak, bil semasa, barang dapur, barangan keperluan harian (toiletries), keperluan anak (susu & pampers), di samping keperluan sendiri iaitu makan, tambang ke tempat kerja, & keperluan harian diri.
Sewa rumah tidak dapat dibayar kerana wang tidak mencukupi. Hutang bank tidak dapat dibayar. Namun tidak pula berbelanja mewah.
Sudahlah isteri yang menanggung kesemua perbelanjaan, suami pula meminta duit setiap bulan. Alasan, duit tidak cukup. Harga minyak naik. Suami membayar ansuran kereta, & memberikan duit kepada ibunya, yang beranggapan anak duduk di bandar kerja bergaji besar & hidup senang.
Setiap bulan isteri memberikan duit kepada suami, untuk mencukupkan perbelanjaan yang sedia ada & ini sudah berlanjutan selama 2 tahun.
Isteri ada hak kah untuk tidak memberikan duitnya kepada suami, dengan alasan untuk simpan untuk emergency? Atau dia sememangnya boleh buat begitu, kerana sepatutnya suami yang memberi nafkah kepada isteri, & bukan sebaliknya?
Sila berikan pendapat & nasihat.
Soalan di atas adalah mengenai – bagaimana nak rancang perbelanjaan keluarga..! iyer ler.. Si isterinya tensen – balik2 hujung bulan lakinya buat muka seposen mintak duit dgn isterinya.. asik tak cukup aje kan. Hmm.. macam biasa dengor kan? Hey.. pasal duit ni memang boleh buat suami isteri bermasam muka.. tidur sorang ngadap dinding sana.. sorang ngadap dinding sini!Betul tak?
Meh sini aku tuliskan sikit tips (nak kata terrer sangat tu idak..! , tapi share aje laa pengalaman hidup.! udah melaluinya.. tak payah ler korang gaduh2!)
~~~~~~~~~~
Dalam hidup kita berumahtangga, semua benda nak pakai duit, kadang orang pompuan ni tak nampak.. semua nak di beban kan kt suami.. , suami tu .. itu lah duit nak sara keluarga.. itu lah duit nak hulur kt ibu bapa kt kampung! jgn laa kata mak bapak dia ingat anak dia hidup senang.. > mak bapak dia ..mak bapak awak juge..! dah panggil mak dgn abah pun kan! Kalau memang diaorang kat kampung kurang senang sikit dari kita.. apalah salah di bantu.! bukan orang lain tu – ahli keluarga kite jugak. Kalau dia nak bantu adik beradik pun.. jgn ler di kata-katakan macam2 pulak.
Berapa suami nak bagi kt keluarga dia.. jgn ler di tegur direct..!, kecik hati dia tau! kalau bini dok menanya-nanya..“berapa bagi kt mak.. berapa bagi kt bapak?!”dan jangan pulak bila suami mintak tolong hujung bulan – bagi duit kt mak ni jadi modal buat gaduh pulak, kang hujung bulan suami buat muke kesian kang.., duit dah putus – laju aje mulutnya cakap – “hahh! bagi laa lagi semua kt mak bapak awak! cam kaya bebeno!” (hmm.. apa suami boleh buat? buat muka kelat aje laa kene sembur gitu.. )
~~~~~~~~~~~~~
Dalam cerita kawan kita di atas ni – sampai sewa rumah tak bayar? Hutang bank tak bayar?
Patutnya – itu adalah perkara wajib bayar tu. 1st skali ada buat belanjawan keluarga tak? maksudnya – campur 2-2 pendapatan bersama.., dan buat bajet sikit. Kalau betul tak cukup.. kene tengok balik kt mana tirisnya tu! hidup mesti ikut berapa pendapatan yang ada kan? kalau tak cukup – something is wrong somewhere..
So.. ada buat bajet tak? reti buat bajet tak? start dgn buat bajet dulu.,
~~~~~~~~~~
Ok cara mudah buat bajet -
1) Senaraikan pendapatan suami dan isteri - termasuk gaji, bonus dan segala sumber pendapatan lain
2) Senaraikan semua perbelanjaan dalam hidup anda berdua. Semua tau!
Perbelanjaan biasanya ada dua – keperluan dan kehendak.
Perbelanjaan keperluan tidak bleh nak elak untuk support kehidupan. Kehendak pula keinginan kalau takde pun tak apa.., tapi biasanya nak ada jguak eh?
Perbelanjaan keperluan dan kehendak ni berbeza ikut cara orang tu hidup ler.. *(biasa senang ke biasa susah..)
Contoh perbelanjaan keperluan dengan keadaan semasa adalah : – Makan, Rumah (sewa atau beli ), , insurans , sgala bil2 , duit kereta, duit hutang bank, duit hutang kawin(kalo ada) dan segala benda yg wajib di bayar- telepon, bil api air.., internet., astro.
Tapi hati-hati! – Perbelanjaan keperluan jika tidak diurus dengan baik mungkin menjadi perbelanjaan kehendak.
Contohnya - korang sebenarnya hanya mampu membeli rumah teres tetapi tengok orang semua layan Semi-D kt area Damansara, eh.. korang pun nak jugekk ler. (Ini contoh keperluan jadi kehendak). Lepas keluar EPF dan buat personal loan sana sini – kehendak ni berjaya dipenuhi , tapi .. long-term -> ia akan menyebabkan korang akan menghadapi masalah kewangan di kemudian hari!! Sama jugak dgn kereta, kereta ni ada orang kata keperluan, ada yg kata kehendak! Ikut kemampuan yer adik2 .. kalau mampu Saga BLM aje bajet.. jgn ler pegi beli Toyota Camry..! memang boleh pakai.. tapi buat apa.. kalau nak membayar nya membuat anda tak bayar benda2 lain!?
Oleh itu – berbelanjalah ikut keperluan dan saiz pendapatan anda sekeluarga. Ukurlah baju di badan sendiri.
(contoh saya sendiri – baru ni nak beli tayar, tayar tu keperluan! sebab dah botak dah tayar skarang. Bila sampai kedai tayar – kene racun dgn tokey kedai tayar , hati dah mula berbunga – nak sambar tayar sport yg mahal tu! sebijik dekat 500++, dalam kepada.. wah.. best ni layan korner ni! mesti kawan saya‘selipar’ gigit jari kene tinggal tang korner ! tapi mujur ada menteri kewangan saya. yg menarik saya balik ke alam realiti..! realiti nya saya dalam bajet konstraint – tak perlu membazir utk beli tayar mahal2. Dan kata menteri kewangan saya lagi – awak pakai tayar mahal pun.. bukan nya bawak laju pun! bazir getah mahal aje! ok.. ok.. saya beli laa tayar murah akhirnya..! 4 bijik dekat 1ribu aje., (instead of 500++ sebijik yg pastinya akan jadi 2000++ utk 4 biji) duh.. Ok.. back to topik. next..
3) Tolakkan jumlah besar pendapatan anda dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan bulanan rumah anda.
3.1 Sekiranya korang bijak dalam menguruskan perbelanjaan, anda akan dapati ada lebihan dari jumlah pendapatan. Lebihan ini yang perlu di jadikan asas untuk tabungan anda setiap bulan. Harus diingat, tabungan perlu dibuat sebelum anda berbelanja bukan selepas anda belanjakan setiap sen dari pendapatan anda! Simpanan yang anda buat ni lah – sangat penting untuk menampung kegunaan semasa kecemasan contohnya sakit ke, road-tax insurans mati.., (ada orang dah buat bajet awal , ada yg bergantung kepada simpanan), pembelian aset seperti rumah,Insurans diri, pendidikan
3.2 Sekiranya – dah semua perbelanjaan tolak tinggal negatif? aa? negatif.. eh tak mustahil! pakcik pun slalu kena!
Haa., marilah kita tengok balik – perbelanjaan yg kita dah list kt atas tu .. kat mana yang boleh di masuk kategori kehendak ni?
Contoh : 1st skali potong adalah – astro .. , tgk TV3 sudah. nak tgk bola – pi tgk kat kedai mamak.
- Lagi? bil handphone berapa? 500? biar betul? chatting dgn gf/bf ke? tukar pelan telefon – pakai prepaid sudah! sorang bagi sebulan RM30 sudah..! (ini slalu orang lupa..! bayar aje bil telefon ikut pelan lama., walhal Digi, Umobile..dah ada keluar pelan2 baru yg lebih jimat! dengan bertukar kepada pelan ini korang boleh jimat – 100-200 sebulan.
- Astro? kalau tak nak potong – ambik basic package sudah.
- Internet? hah? pakai unifi VIP20? 250 sebulan? , ahh.. tukar.. pakai Digi plan aje RM38 sebulan.. murah saja..! time kt office .. belasah internet office sudah.
- duit makan berapa? – ah? RM50 sehari? belanja kawan tiap2 hari ke? kalau rasa tgh susah sangat.. tukar cara hidup.. bawak bekal.. atau tukar tempat makan.. tak payah ikut kawan2 yg slalu makan tempat mahal tu! cakap ler tgh diet ke..atau tempat biasa diaorang pegi tu..buat kau sakit perut!
- Minyak petrol – berapa? RM800 sebulan? haa.. pakai kreta apa? mahal beno minyak nya..! kalau rasa perit bayar duit minyak, boleh tukar lifestyle lagi – pakai motor dulu.., weekdays – pegi keje naik motor sudah., weekend baru bawak kereta. Tapi kalau pagi2 kene antor anak kat nursery susah eh., bawak aje ler kereta tu., tapi kene fikirkan bagaimana nak jimat minyak ni. Satu cara – bila dapat bonus ke apa – pegi pasang NGV. Kos pasang NGV lebih kurang 2000 ringgit. Tapi penjimatan tu dalam masa 3-5 bulan dah dapat balik penjimatan kos pasang tu. minyak jadi jimat gila!
- Shopping barang rumah – berapa? RM1000? makan steak Kobe atau Wagyu beef ke hari2? Boleh jimatkan dgn cara shopping kt tempat2 yg lagi murah – mydin , giant.. menawarkan penjimatan yg agak ketara berbanding tempat2 lain. Pasar borong jugak sumber penjimatan yg hebat jugak.
Lepas lakukan perubahan dalam cara berbelanja.., dan nampak dah ada balance positif utk simpan, mulalah menyimpan dgn tetap. Cara paling senang – beli Investment link insurans utk diri sendiri dan isteri(kalau ada lebihan) .. Ini adalah cara menyimpan dalam paksa. sambil menyimpan dlm unit trust anda jugak di lindungi insurans.
Cuba download file Excel yg saya bagi link kt bawah ni.., dan bermain-main lah dengan figure2 yg hanya anda dan suami anda saja tau.. ! insya’allah .. kalau anda mmg best couple.. isu2 kewangan ni boleh bawak bincang dgn rasional.
Di harap tips ini dapat memberi idea pada anda!
Jgn cepat sangat melenting pada suami pasal duit-duit ni! tunggu masa dia cool.., bawak bincang dari hati ke hati..! ramai sangat orang sekarang hidup tak aman pasal duit.! elakkan dari masalah ini membelenggu.
2 comments:
huu.. time kasih for sharing..
saye..saye.. belum jd suami isteri pun buat 80% of step di atas telah berlaku.. patut ke xpatut ek?
^^
patut
boleh jadi pasangan bahgia nie..
hhihihihi
Post a Comment