sos
https://www.facebook.com/pages/Dr-Zainur-Rashid-Zainuddin/155707591143880
Semoga tidak miskin di Hari Kemudian....
Suasana kami di rumah pada malam ini agak sunyi dan sedikit hambar jika dibandingkan dengan malam-malam sebelumnya.
Tiada lagi kedengaran suara anak-anak berdebat dan berhujah sesama sendiri. Kerap kali juga saya diminta untuk 'mengadili' perdebatan di kalangan mereka dan tidak kurang pula kritikan yang saya terima kerana gagal membalas hujah-hujah mereka dengan memuaskan.
Apa tidaknya, Wafa, anak ke 4 kami yang suka berpidato dan berdebat telah pun berhijrah 'meninggalkan kami' untuk tinggal di alam yang baru. Keputusan yang diambil bersama seisi keluarga untuk kami menghantar Wafa' ke sekolah berasrama di Sekolah Menengah Agama Sains (Tahfiz) Kuala Pilah.
Kami mengambil masa yang agak panjang sebelum membuat keputusan yang besar setelah mengambil kira beberapa sekolah pilihan yang ada di Negeri Sembilan. Isu pendidikan anak-anak kami anggap sebagai agenda perdana buat kami sekeluarga. Kami tidak mahu miskin di Hari Kemudian dengan 'perjalanan pulang' tanpa membawa bekalan yang secukupnya.
Saya beranggapan bahawa anak-anak adalah aset yang paling besar bagi seorang ibu dan ayah di masa depan dan juga setelah kami 'pulang' ke destinasi terakhir kelak.
Hasil yang kami mahukan daripada pendidikan mereka adalah anak-anak yang 'berkemenjadian' iaitu anak-anak yang :
1- Berjaya di dalam bidang akademik mereka
2- Berpegang teguh kepada Islam secara amali seperti penjagaan solat dan akhlak yang baik.
3- Berkemahiran insaniah (soft skill) seperti boleh berdikari, pandai memilih kawan dan suasana, berani ke depan dan berkepimpinan.
4- Memiliki kehidupan berwawasan sebagai pewaris perjuangan generasi yang terdahulu.
Dengan harapan yang sebegini besar, kami menginsafi betapa berat dan sukar untuk merealisasikan impian ini tanpa sistem sokongan yang kuat terhadap pendidikan anak-anak ini.
Tidak boleh tidak, kejayaan ini sangat bergantung kepada kesungguhan ibu dan ayah untuk mendidik anak-anak, faktor pendidikan formal dan tidak formal di sekolah, faktor kawan-kawan dan persekitarannya, faktor karektor dan keperibadian seseorang anak tersebut.
Saya sangat khuatir dengan tren masyarakat awam kini (secara umumnya) yang sangat mementingkan kejayaan akademik semata-mata dan tidak meletakkan harapan yang diikuti dengan usaha yang secukupnya terhadap 'kemenjadian' anak-anak secara menyeluruh. Kita khuatir apabila anak-anak ini bukan lagi 'aset' apabila kita tua atau 'setelah pergi'. Bahkan mereka adalah beban yang ditinggalkan kerana tidak 'menjadi' seorang manusia.
Isu pendidikan anak-anak (tarbiatul awlad) bukan isu sampingan. Bahkan ini adalah permasalahan pokok kepada semua ibu bapa, para pendidik, masyarakat awam dan juga kepada pemegang kuasa.
Jangan hendaknya kita 'kembali pulang' nanti sebagai seorang yang miskin....
Ya Allah, selamatkan kami daripada fitnah ini....
http://zainurrashid.com/semoga-tidak-miskin-di-hari-kemudian/
=======================================
anak2nya berlawan hujah..
jauh benor dengan insan ini..
syahdu..
(X X)
No comments:
Post a Comment