ketuk dahi tanya iman.. gegar hati tanya nafsu luluh jiwa tanya amal
Sunday, February 24, 2013
Saturday, February 23, 2013
Thursday, February 21, 2013
Hati
Pabila rasa kosong ditengah
Baru kita paham itu tinggi rendah kehidupan..
Pedeh dijiwa.
Sukar untuk dilupa
Itulah cinta manusia

Sunday, February 17, 2013
Qoute
mimpi selalu mencari alasan untuk kejayaan dalam kehidupan
tari tari lidah menari untuk menungkah sebuah ayat.
#ntahnakcakapapelatu
Sunday, February 10, 2013
Friday, February 8, 2013
Tuesday, February 5, 2013
TJ
Coretan tj
================
Bagaimana Rasullulah saw mendidik bilamana kita di tindas di pejabat
Selalu orang datang bertanya kepada saya dan mengadu mengenai mereka ditindas di pejabat. Ini dilakukan sama ada oleh Bos mereka, sama level, department lain, HQ, subsidiary lain dan sebagainya. Saya pernah membaca pelbagai buku dalam menangani perkara ini, tetapi saya suka satu buku bertajuk: “too many boss, too few leaders” (boleh didapati di MPH) dan dari situ saya relatekan dengan kaedah management rasullulah saw.
Senarionya mudah dan mempunyai salur cerita yang pelbagai tetapi asas ceritanya sama. Saya bagi satu contoh yang benar-benar berlaku.
Jabatan O adalah jabatan di bawah sebuah syarikat bernama A. Jabatan O telah beroperasi lebih 6 tahun dan ia terbentuk hampir sama dengan syarikat A. Walapun mereka mempunyai bidang yang sama, tetapi stream of income (pendapatan) mereka berbeza. A lebih banyak fokus kepada merawat pesakit, sedangkan jabatan O lebih kepada mencegah penyakit.
Jabatan O merasakan mereka di anak tirikan. Mereka merasakan bahawa kerana pendapatan yang di janakan setahun tidak mencapai RM 1 juta menjadikan mereka di anak tirikan berbanding dengan seluruh pendapatan syarikat A yang mencapai lebih RM 2 juta sebulan. Moral dan semangat pekerja menurun dan mereka merasakan tidak bersemangat untuk bekerja. Pekerja mereka seorang demi seorang pergi sehinggakan pekerja utama mereka telah mula mencari kerja dan mendapat tawaran di tempat lain dengan gaji yang lebih tinggi.
Saya di jemput masuk bagi menjadi konsultant jabatan tersebut. Syarikat ini 100% mempunyai pekerja Muslim Melayu maka saya boleh relatekan kepada mereka leader yang terbaik yakni rasullulah saw.
Rasullulah saw membentuk visi dan misi
Setelah beberapa minggu berjumpa dan bersama dengan mereka, saya dapat menyimpulkan masalah utama mereka. Pada setiap hari, mereka bercerita mengenai keburukan syarikat utama menganak tirikan mereka dan cerita politik pejabat di antara mereka.
Akhirnya ketua jabatan tersebut bertanya soalan yang saya tunggu: “Apa perlu kami lakukan?”
Jawapan saya kepada persoalan tersebut mengejutkan ketua jabatan kerana mungkin dia tidak menyangka bahawa saya akan menjawab sedemikian. Jawapan saya ialah: “Tingkatkan kekuatan, kurangkan kelemahan diri.” Dia bertanya bagaimana?
Untuk pertama kali (selain dari mesyuarat untuk laporan tugas) saya memanggil ahli-ahli di jabatan tersebut dan bertanyakan 3 soalan kepada mereka:
1. Apakah visi jabatan ini?
2. Apakah visi hidup anda?
3. Adakah visi jabatan ini selari dengan visi hidup anda?
Saya tidak perlu pergi kepada soalan ke dua dan ketiga kerana pada soalan pertama, kelapan-lapan mereka memberikan jawapan berbeza mengikut tafsiran masing-masing. Ada yang hampir ada yang jauh dari visi sebenar syarikat.
Ketuanya agak terkejut kerana baginya, dia selalu menceritakan mengenai apa yang patut jabatan lakukan. Saya menyatakan, visi bukan sekadar “apa” atau “bagaimana”. Tetapi visi adalah menjawab persoalan “Kenapa”.
Saya bertanyakan kepada ketua jabatan tersebut yang juga pengasas jabatan tersebut, kenapa anda mahu mewujud jabatan ini? Saya mendapati ketua jabatan O ini seorang yang saya mulia hati dan jiwanya dan visinya amat baik sekali. Dan saya relatekan dengan visi yang Allah sampaikan kepada rasullulah saw:
Allah menurunkan Rasullulah saw adalah untuk menjadi “Rahmatan lil alamin”. Visi rasullulah saw amat besar. Bukan sekadar membawa Islam kepada manusia. Rasullulah di turunkan dengan visi menjadi Rahmat kepada alam. Maksudnya, dengan ajaran Islam, maka manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya akan mendapat rahmat dan keselamatan serta kesejahteraan. Itu visi rasullulah saw.
Sebab itu saya mahu ketua syarikat tersebut membentuk visi jabatan tersebut. Dia bertanya lagi bukankah syarikat telah mempunyai visi tersendiri? Saya bertanyakan satu soalan: Apakah matlamat syarikat sama dengan matlamat jabatan? Bidang tugas syariakt sama dengan jabatan? Jawapannya tiadk sama. Maka saya kata, maka perlu ada visi dan misi sendiri.
Untuk membentuk visi, saya memberikan ketua jabatan dan anak-anak buah 30 minit bagi membentuk visi mereka. Mereka perlu elemen ini dalam pemikiran:
i) Visi adalah menjawab kepada “Kenapa” (why) anda melakukan yang anda lakukan. Soalan tersebut mestilah sehingga anda tidak boleh lagi menjawabnya. Contohnya sebuah syarikat menjual buku tidak sekadar mempunyai visi menjual buku, tetapi menjawab persoalan, kenapa menjual buku? What is bigger than getting just money?
ii) Visi mesti mempunyai elemen kemanusiaan. (human factor)
iii) Visi mesti mempunyai elemen hati (passionate, love, whole-heartedly etc)
iv) VIsi mesti mempunyai elemen perbuatan (lead, pioneer etc)
v) Visi mestilah di pancarkan oleh empunya syarikat dan bukannya diserahkan kepada konsultant atau HR sahaja utk melakukannya.
Akhirnya mereka membentuk visi dalam seringkas mungkin.
Rasululah saw membentuk Misi:
Misi adalah menjawab soalan “What” atau apa yang perlu dilakukan bagi mencapai visi. Misi rasullulah saw dalam mencapai rahmatan lil alamin ini dilakukan oleh rasullulah:
i) Rasullulah saw dalam 3 tahun pertama melakukan dakwah secara sir (tertutup)
ii) Selepas itu 10 tahun nya dakwah terbuka dengan 2 fasa, separa terbuka tetapi tanzim (organisasi rahsia) dan
iii) selepas itu dakwah terbuka dengan organisasi terbuka.
iv) Kemudian hijrah berlaku dan berlaku pertembungan terbuka dan akhirnya penaklukan mekah.
Walaupun rahmatan lil alamin tidak sampai pada waktu rasullulah saw, para sahabat baginda amat jelas visi ini. Akhirnya beberapa puluh tahun kemudian, hampir 2/3 bumi ini di bawah taklukan Islam ataupun telah tersebar Islam ke atasnya. Usaha yang mengambil masa kurang dari 50 tahun.
Brains, Bones, Nerve
Apa yang disebutkan di atas tadi adalah brains. Dalam menjadi manusia, kita perlu kepada brains (otak kita),
bones (struktur syarikat) dan nerve (budaya)
Setelah membentuk brains, rasullulah saw membentuk stuktur sahabat yang kukuh. Ini dinamakan pembetukan qaedah sulbah atau membentuk tulang belakang organisasi Islam. Visi yang jelas dengan stuktur yang kukuh membentuk satu kelompok manusia yang berdiri sendiri.
Ini yang saya sampaikan pada jabatan O. Tidak perlu lagi kita menunding jari kepada kelemahan syarikat, tetapi perbaiki kekuatan dan kurangkan kelemahan jabatan diri, itu lebih utama. Rasullulah saw sendiri tidak terlalu fokus kepada tekanan masyarakat walaupun baginda mengambil kisah akan perkara tersebut. Sebaliknya sepanjang masa tersebut, baginda menghabiskan masa tajmi’ (mengumpul manusia), berdakwah dan sesiapa yang menerima Islam akan di tarbiyah (dididik) dengan visi, misi Islam.
Baginda tidak sekadar berhenti membentuk “bones” atau struktur sahabat. Baginda membentuk budaya kepada para sahabat. Sesiapa yang masuk Islam telah membentuk budaya Islam sehinggakan umar yang terkenal garangnya pun pada akhir hanyatnya menjadi seorang yang lembut dan pemaaf.
Mereka bersama-sama membuat core values atau budaya syarikat sehingga menjadi satu perkara yang wajar di imani.
SWOT dan TOWS
Akhir sekali saya mengajarkan jabatan O bagi membuat SWOT dan TOWS matrix. Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan. Saya nyatakan bahawa S dan W adalah internal factors di mana anda mempunyai kuasa untuk mengubah perkara tersebut. O dan T adalah faktor luar dan faktor syarikat yang lembab dalam membuat keputusan, jabatan akun syarikat yang tidak telus, HR yang lemah adalah T dan bukannya W kerana jabatan tidak mempunyai kuasa mengubah perkara tersebut.
Setelah seminggu duduk bersama dengan pengurusan membuat Visi, Misi, Core values, Swot, TOWS, balanced scored card dan akhirnya KPI, saya menyatakan bahawa inilah kaedah kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kita dan cara utk kita menjawab sebarang pertuduhan.
Selama ini pertuduhan ataupun jawapan kita berdasarkan sangkaan tanpa sebarnag catatan ataupun quantitative measures atau pengiraan yang boleh dijadikan sandarakan. Tidak lagi sekarang.
Banyak sebenarnya pengajaran kita boleh ambil dari rasullulah saw bagi membentuk organisasi berjaya. Ini tidak sekadar untuk syarikat/jabatan/ngo dengan 2 pekerja, 10 pekerja, 100 pekerja, ia boleh dilaksanakan walaupun syarikat tersebut mempunyai berpuluh ribu pekerja.
Paling utama - kita mempunyai pemimpin yang mahu membuat perubahan dan sanggup menerima teguran
Sambungan part 2
Setelah melakukan visi, misi, core values, swot, tows, Balanced scored card dan akhirnya KPI, moral pekerja mula meningkat. Ini bukan dengan kaedah sangkaan tetapi dengan kaedah survey dan juga interview. Dalam interview, saya menyatakan bahawa mereka boleh bercerita apa sahaja mengenai jabatan mereka dan perkara tersebut tidak akan di dedahkan kepada ketua jabatan mereka. Mereka mula bercerita mengenai sebelum Visi, misi ini dilaksanakan, dan selepas ia dilaksanakan.
Akhirnya apa yang jelas, pekerja sebenarnya perlukan direction dan juga bimbingan ketua. Mereka tidak pernah berkata bahawa ketua sekarang ini tidak baik, cuma dia tidak memimpin dengan cara yang sebetulnya. Saya tidak mengatakan bahawa dia tidak mahu memimpin, bezanya dia tidak tahu kaedah betul memimpin.
Saya menyatakan bahawa untuk menjadi pemimpin, pertama kita perlu mempunyai visi dan misi yang jelas untuk diri kita bagi membentuk semangat yang kukuh dalam diri. Kalau tidak, ia akan jadi seperti hangat-hangat tahi ayam.
Kedua, libatkan pekerja utama (key personnel) untuk membentuk core values dari visi dan misi kita agar mereka dapat merasakan bahawa kempuyanaan terhadap core values tersebut. Apa yang berlaku, banyak syarikat melantik konsultant atau sekadar menyerahkan kepada HR bagi merangka core values mereka. Akhirnya core values tersebut hanya terasa di atas kertas tetapi tidak di dalam hati. Core values mestilah satu penerapan budaya yang boleh di ikuti dan di adaptasikan oleh semua.
Bagi jabatan ini, setelah berbincang mereka menyatakan bahawa mereka mahu:
1. Lebih dekat dengan Allah
2. Berilmu pengetahuan
3. Walk the talk
4. memberikan service terbaik
Dari sini, antara core values mereka ialah sifat istiqamah dan mukhsinin serta berilmu dan core values di bentuk dari sini.
Dari core values ini, program selama setahun di bentuk. Saya menekankan bahawa biar program ini sesuatu yang dipersetujui dan "fun" serta tidak membebankan. Programnya:
1. English day satu hari pada setiap bulan. (bagi membentuk kebolehan dan kemampuan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. FUN: Sesiapa yang bercakap satu patah bahasa melayu, hendaklah membayar RM0.10 dan diletakkan dalam tabung jabatan. TAbung ini adalah untuk membeli makanan/pantry
2. Puasa satu hari dalam sebulan dan iftar beramai2 (dengan cara membeli makanan dan share utk di bawa pulang)
3. dalam mesyuarat dimulakan dengan permainan "tahukah anda" di mana setiap seorang akan membaca satu topik (apa sahaja topik) yang mana mestilah orang lain tidak tahu. Topik tersebut hendaklah disampaikan dalam masa kurang 5 minit. Bagi yang menyampaikan apa yang orang lain sudah tahu, maka dia didenda utk mencarik 2 perkara pada mesyuarat akan datang.
4. Menjadikan mesyuarat "fun and enjoyable" agar ia tidak menjadi terlalu stress dengan memahami konsep dan kaedah betul mesyuarat. Ia di selitkan dengan games2 menarik (team dan ice breaking game)
5. Pejabat di jadikan tempat beriadah dan juga bermain. (low cost dengan meletakkan meja ping pong, karom, bench dll)
Setelah di kaji dengan kajian DASS untuk stress (depression, Anxiety, stress survey) didapati level DAS mereka menurun dengan drastik dan pekerja lebih bekerja sama dengan baik. Malah pekerja utama yang hendak berhenti, semakin bersemangat dan nampak tujuan dan misi mereka.
Ini adalah sedikit pengajaran kepada kita. Kadang kala saya kesian melihat pekerja yang bekerja ikhlas untuk menyara keluarga, tetapi terpaksa hidup dengan "hazard" seperti stress, depresi, anxiety dll. Life is to short to be wasted dengan perkara seperti itu.
Selamat bekerja

Pedeh
Hatinie tahu "keadaan" yang mungkin berlaku..
Cuma perlu pasrah.
Pedih itu pasti
Sakit itu misti
Cinta xsemistinya dimiliki
Cuma perlu pasrah.
Pedih itu pasti
Sakit itu misti
Cinta xsemistinya dimiliki
Tergema
Lagu yang mampu membuat diri ini gumbira..
Tapi dok ulang lirik awal2 ajer...
Lain2 xhafal..
Hahaha
Tapi dok ulang lirik awal2 ajer...
Lain2 xhafal..
Hahaha
Sunday, February 3, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)