Pages

Thursday, January 26, 2012

Redha

Dinasor bukan mencari harta
Dinasor mencari redha

Tatkala sume orang mengejarkan sesuatu diDunia
Pasti dinasor melihat diri ini
Melihat sejauh mana diriku hanyut keduniaan
Ohhhh...kadangkala jauhh
Nan hati kemudian kadangkala terdetik...
Adakah penyeri hatiku sanggup mencari redha bersamaku?
Sangupkah penyeri hatiku menanggung redha yang kucari?
Adakah sanggup berkorban bersamaku?
Adakah sanggup bersama-sama menanggung beban seberat itu?

Seelok2nya

Kalau seseorang wanita ingin mencari lelaki yang baik
Tengoklah camno sidia melayan ibunya
Tengoklah camno kesanggupannya berkorban untuk ibunya
Tengoklah camno tingginya martabat wanita dihatinya
Sesungguhnya cam tu la jugak sidia akan menjaga dirimu
:)

Misi

Misi 365hari
Misi untuk 1 tahun
Arap2 dapat mencapai matlamat misi ini
Xde cutikan..

:)

Wednesday, January 25, 2012

Ayat

Orang kata kadangkala kebenaran itu pahit...
Tapi kepahitan sebenar adalah menerima hakikat kelemahan diri sendiri

Monday, January 23, 2012

Nikmat

Mencari nikmat iman dalam kehidupan
:)

Kata hati

Memerlukan bertapa dalam gua untuk mencari ketenangan hati
"perangai "lama sudah kembali
Kemana Dinasor mahu buangkan kembali benda ini
Arrrghhhh

Thursday, January 19, 2012

Aku sedia

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri..
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


sos:-
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=219539748132671&id=184327344987245

Wednesday, January 18, 2012

Teman

Mencari teman untuk berbuka puasa bersama
Hohoho...

Monday, January 16, 2012

Kuasa

Seringkali kita terdengar
Lelaki mempunyai kuasa untuk memilih mana2 wanita yang disukainya
Adakah kita perasaan bahawasanye kuasa memilih sebnarnya terletak ditangan wanita
Mengorat2 pon tapi kalau wanita xsuka xguna jugak
Aucchhhh

Sunday, January 15, 2012

Berbicara

Kadangkala Dinasor tengok ramai orang berbicara tanpa tapisan..
Dengan kata lain MENGUMPAT
Haiahhhhhhh..
Kita menyatakan kelemahan orang lain
Kita menyindir kekurangan orang lain
Kita berbangga dengan kelebihan sendiri
Banyak tanpa kita sangka2..

Thursday, January 12, 2012

Teman

Masih mencari teman untuk berbicara hal kehidupan seharian..
banyak mau dikongsi..
tapi tapi tapi..
nando sesiapa

Wednesday, January 11, 2012

Sedih..

Aku melihatnya dari jauh..
aku dapat merasakan itulah dirinya
dari jauh..
auranya masihku dapat rasa
terus diriku merasakan kesedihan
xmampu untuk aku menanggung perasaan tersebut

Cuci hati

Sedang mencari sesuatu untuk mencuci hati ini
Perlukan sesuatu yang kawwwwww
Auucchhh

Tuesday, January 10, 2012

Lega

Baru sempat bayar zakat pendapatan pada 11/01/2012..
perhhh cam banyak jerr..
kalau bayar sekaligus arr
hahahha.
Lega dalam hati..
sesungguhnya semua rejeki yang kau kurniakan ini adalah milikmu
Aku hanyalah peminjam
Maka akanku tunaikan tanggungjawabku
:)

Sunday, January 8, 2012

Kehendakku

Bukan sume benda kita boleh kawal
Diberi pilihan antara kehendak sendiri atau keperluan keluarga
Terpaksa melupakan sebentar kehendak sendiri..
Xpe arr..
Sape lagi yang nak diharapkan

Thursday, January 5, 2012

Berharap

Mungkin perlu berhenti berharap..
Tapi kenapa masih ade dalam hati...
Haiahhhhhh...
:)

Sunday, January 1, 2012

Konsert akhir tahun

Hohoho layan konsert akhir tahun
Memang gamble g semsorang.
Lone ranger katakan.
Boleh la tiap2 taun seleberate new year kat konsert cam nie
:)
xde la dok melangut depan laptop je malam new years







Melepaking dalam Masjid Shah Alam
7pm-10pm



Konsert bersama Ustaz Azhar Idrus n Zizan raja lawak
*Datang lambat..so memang tengok dari jauh jer arr
10.10pm-1130pm


Bunga api tengok dari jauh je la..
Nvm nvm
Satu pengalaman baru untuk diri ini.