Pages

Sunday, May 29, 2011

kenapa

kenapa minda kita same..
Dinasor xtau
Dinasor xtau
bila Dinasor pikir minggu nie..
minggu depan depan depan kuarlah benda yang sama..
ohh tidakkkkk

Friday, May 27, 2011

Nak Nak Nak

mode gatai

nak isteriku mecubit diri ini kalau dinasor nakal
nak isteriku diam pabila diri ini mula membebel
nak isteriku memelukku pabila diri ini marah
nak isteriku memulakan perbualan pabila diri ini diam
nak isteriku mengusapku pabila diri ini mahu dimanjai

ohh mengarut sungguh post kali ni..


^^

Pagi oo pagi

Aritu awal2 pagi bukak radio ikim dengar satu topic
"kawen awal"
Hahahahaha......
Dari situ dah dapat satu keazaman dalam diri..
"tetapkan matlamat bila kamu mahu kawen"
Hihihi

^^

Sunday, May 22, 2011

Dunia

Adoiii..
Masih lagi kelam dengan keadaan dunia zaman sekarang
Kenapa kamu sering membandingkan kemewahan dunia
Rumah besar,gaji banyak,keta besar,duit banyak....
Adoiii adoii adoiiii

Thursday, May 19, 2011

Tapak tanganku

Pabila berdoa,
Akanku memandang tapak tanganku
Dari situ aku melihat urat2 kecil
Berlingkar2 ditapak tanganku
Penuh umpama coretan-coretan kecil
Umpama dosa2 yang telah aku lakukan

:(

Wednesday, May 18, 2011

Marah



Arrrr kenapa la baru2 nie asyik nak marah jerr..
Marah itu marah ini..
Adoii ponat la nak layan memarah nie..



Saturday, May 14, 2011

Soalan TJ

Soalan dari TJ untuk Dinasor..
terkedu jugak arr nak jawab, n TJ suh pm jawapan tersebut..
hihihihi sampai sekarang xanta2 pon..
segan arr..


Soalan 1: kenapa hati kita tenang kalau tengok laut, alam ,gunung dan lain2...
Jawapan Dinasor:-
Persoalan nie mempuanyai 2 kata kunci hati dan (laut,alam dan lain2). Hati merupakan teras utama seseorang manusia.hati mengawal segala nafsu dan perikalu seseorang manusia.manakala laut,alam dan lain2 merupakan kebesaran ciptaan Allah.
perkataan tenang merupakan penghubung diantara hati(manusia) dan alamciptaan Allah.
Sejahat manapon manusia atau sehitam manapon hati insan itu pasti tunjuk@takjub dengan kebesaran Allah.itu merupan fitrah yang telah Allah jadikan sejak azali lagi.
jawapan untuk persoalan itu adalah fitrah.

Soalan 2: Kalau islam itu membela wanita, kenapa masa haid dia tak boleh beribadat? hina sangatkah wanita di mata Tuhan sampai masa tak suci dia tak layak mengadap Tuhan?
Jawapan Dinasor:-
Haid merupakan hadiah Allah pada wanita.pada hari tersebut mereka diharamkan untuk bersembahyang .dharamkan berpuasa dibulan ramdan tapi kena ganti la.hihihi..adakah itu satu penghinaan..bagi Dinasor itu adalah rahmat Allah kepada wanita kerna pada hari tersebut mereka diberikan cuti. Dan sepatutnya mereka bersyukur kerna lelaki tidak mempunyai cuti..

ps:maap kalau jawapan itu xmemuaskan hati sesiapa kerna jawapan tersebut berdasarkan ilmu Dinasor yang sedikit..^^

Janji

saje nak mengarut jap untuk diri sendiri dan sesiapa yang membacanya.

Bila difikir-fikir,adakah diri ini mampu menunaikan semua janji yang telah dilafaskan?
tatkala janji telah ditemeterai maka termaktublah satu perjanjian..

dan
Ini adalah janji yang pasti.
Dinasor xmenjanjikan kete besar pada isteri nanti
-buat ape kete besar2 asal ade kete yang selesa dan cukup untuk family.kadang2 seronok tengok kereta besar2 dijalan raya..ohhh indahnya kalau dapat memiliki.tapi itukah yang kamu cari dalam kehidupan ini?

Dinasor xmenjanjikan rumah besar pada isteri nanti
-cukup untuk keperluan asas saje.kang bila rumah lusa nanti letih woo nak turun makan.bilik tido tinggat 13 .ruang makan tinggkat bawah sekali..penat la..

Dinasor xmenjanjikan hidup mewah pada isteri nanti
-mewah kan melekakan kita pada dunia..duet,barang kemas,makan dan segala2nya membuatkan kita buta pada dunia.orang kata biar cukup2 makan..biar kurang jangn berlebih.

Dinasor xmenjanjikan suami yang romantik
-maap kata-kata bukan la kemahiran untuk dinasor.jangan mengimpikan makan malam berdua sambil terangi lilin ditepi pantai.jangan berangan duduk mengadap bulan di malam hari.Dinasor xpandai meluahkan benda2 cam nie..


Dan,
Dinasor xmenjanjikan menjadi suami yang sempurna
-ini pasti betul.muktamad

tapi Dinasor hanya mampu meminpin kejalan Allah...

Amin amin amin

Monday, May 9, 2011

Tanggungjawab

Tanggungjawab seorang suami
bukan setakat tanggungjwab menjaga zahir dan batin sajer..
bagi keperluan hidup,teman waktu susah dan lain2 lagi


tapi ade lagi tanggung jawab yang kita xpernah nak ambik tahu

isteri pakai seksi dosanya suami tanggung
isteri xjaga tutur kata dosanya suami tanggung
isteri xde ilmu dan dosanya suami tanggung
isteri xdengar kata dan suami xnasihatnya..dosanya suami tanggung

pernahkah isteri berfikir tiap2 yang mereka lakukan sumenya ditanggung oleh si suami
mampukah isteri menerima tanggungjawab itu.

Sunday, May 8, 2011

Kawen


"kawen = tanggangjawab+cinta."

ia datang dengan pakej..
2 dalam satu
Pikul tangganjawab dan menerima cinta.



Saturday, May 7, 2011

Berita

Tadi ade kawan Dinasor bagitahu berita gumbira..
Ape2 pon tahniah
Sempena itu,terimalah lagu nie..



Wednesday, May 4, 2011

Gaji oo gaji

gaji banyak pon xcukup
gaji skit lagi laaaa..
.kadang kala misti rasa pelik pabila rasa gaji xpernah cukup?
so,cam ne plak bila kahwen nanti?
cam ne plak bila ada anak nanti?

hihihi
xyah bimbang itu semua,yang pasti rezeki tu Allah pasti ada.
skit atau banyak yang penting kita kena pandai kawalnya
kena pandai jimat cermat..
cuma nak atau xnak jerr..



Pandanganku

kalau dulu pasti dalam benak fikiran ini akan memikirkan 5 taun yang akan datang dalam kareer..
tapi sekarang....pandangan itu sudah berubah
dulu nak jer kejar pekerjaan yang mencabar
tambah pengalaman
tambah skill
tapi sekrang..
semua itu rasanya dah xpenting la..
asal dapat kerja halal ..

tiada lagi cita2 untuk pekerjaan...
hanya memikirkan 'itu'
ngatlah hidup hanya sementara
xusah yakin dengan kerja yang duniawi nie
kadang kala pelik dengan orang sekarang...sentiasa cakap
"pandanglah kedepan"
tapi adalah itu yang mereka lakukan?
mereka hanya kejarkan dunia semata2..
kerja makin kuat
gaji makin lebat
rasa diri makin hebat..

Tuesday, May 3, 2011

Kenali diri untuk muhasabah

Memerhati diri dari pandangan sisi
Memantapkan diri memerlukan banyak ruang dan masa
So ini merupakan salah satu langkah untuk memantapkan diri..
Mari kita mulakan kenali diri Dinasor dari pandangan sisi..

Kurang bercakap bila dengan seseorang yang baru dikenali
Suka menyakat ahli keluarga
Dioarang cakap Dinasor kedekut...erkk manede
Selalunye bila kuar kemane2 ...balik sebelum kul 6pm
Degil dapat dari ayah dinasor kot...
Suka tolon2 kat dapur..takat potong bawang leh la...
Family selalu mengharapkan Dinasor untuk sesuatu..
Sengal dengan family ,Senyap dengan Masyrakat..
Suka makan dengan family dari makan dengan kawan2..


ps:rasanye dah post pasal benda nie..xpe..Dinasor xbosan kerna manusia mudah lupa..